MEMBAKUT: Pembukaan Mini Food Court Membakut Old Town di Kampung Bandau diharap dapat membawa manfaat kepada komuniti setempat serta membuka peluang perniagaan, kata Anggota Lembaga Jawatankuasa Keselamatan Sosial Suri Rumah (JKSSR), Rowindy Lawrence Odong.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pemberkatan rumah dan gerai makan itu baru-baru ini atas jemputan pemilik premis, Jimmy Olis.

Rowindy turut mengucapkan tahniah atas pembukaan gerai berkenaan dan mendoakan agar perniagaan itu terus maju serta dimurahkan rezeki.

“Semoga Membakut Old Town menjadi tempat yang membawa rezeki, mengeratkan silaturahim dan memberi manfaat kepada komuniti setempat. Moga Tuhan sentiasa memberkati Uncle Jimmy sekeluarga serta setiap usaha yang dilakukan,” katanya.