PELAJAR SEKOLAH TURUT JADI PENGGERAK KOPERASI — MOHAMAD ALAMIN

YB Datuk Mohamad Alamin menyampaikan hadiah kepada juara MLBB Tournament 2026 sempena COOPFEST Borneo 2026
Pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) sempena COOPFEST Borneo 2026 pada 17 Oktober lalu mengetengahkan penyertaan pelajar sekolah yang bukan sahaja meminati e-sport, malah turut berperanan sebagai penggerak koperasi di sekolah masing-masing.
YB Datuk Mohamad Alamin berkata, peserta pertandingan yang dikendalikan oleh ANGKASA Negeri Sabah itu terdiri daripada wakil beberapa sekolah.

Mohamad Alamin tengah bergambar bersama peserta dari kumpulan Nobles (SMK Bandaraya)
Menurut beliau, pelajar yang mengambil bahagian turut terlibat dalam menggerakkan koperasi sekolah, sekali gus memperlihatkan penyertaan generasi muda dalam gerakan koperasi sejak di bangku sekolah.
Beliau berkongsi perkara tersebut ketika ditemu bual semasa pertandingan berlangsung pada hari kedua COOPFEST Borneo 2026.

Peserta MLBB
Dalam pertandingan itu, pasukan B Force dari SMK Beaufort muncul juara, manakala Bassakert dari SMK Bandaraya meraih tempat kedua dan Genesis Primez dari SMJK Shan Tao menduduki tempat ketiga.
Tempat keempat menjadi milik Semekep dari SMK Pengalat, Papar, sementara Miracle’s Star dari SMK Tansau berada di tempat kelima.
Mohamad Alamin turut menyampaikan hadiah kepada kelima-lima pasukan pemenang sebagai penghargaan atas pencapaian mereka dalam pertandingan tersebut.