TIMBALAN CEO KOPEKS ANTARA PENERIMA PENGIKTIRAFAN GRADUATE ON TIME UITM

Rita (tengah) bersama PM Dr. Abdul Aziz Karia, Penyelia utama dan Dr. Taufik Abd. Hakim, Penyelia bersama
17 Oktober 2026 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) meraikan seramai 390 graduan dalam Majlis Hooding Ceremony yang berlangsung hari ini sebagai penghargaan terhadap kejayaan mereka menamatkan pengajian kedoktoran.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin.
Daripada jumlah tersebut, seramai 85 graduan menerima pengiktirafan Graduate on Time (GOT) kerana berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan, manakala 29 graduan menerima Anugerah Penyelidikan Cemerlang.

Pensyarah dan graduan dari UITM, Kota Kinabalu Sabah
Antara penerima pengiktirafan GOT ialah Dr. Rita Rantian, graduan Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) dari UiTM Sabah yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS).
Pencapaian beliau mencerminkan kesungguhan mengimbangi tuntutan pengajian kedoktoran dengan tanggungjawab sebagai pemimpin dalam pengurusan koperasi.
Kejayaan tersebut turut menjadi kebanggaan warga KOPEKS serta inspirasi kepada golongan profesional untuk terus meningkatkan ilmu dan kepakaran melalui pendidikan tinggi.