SUMBANGAN - Amanshah (kiri) mewakili Nik menyerahkan sumbangan 20 buah rehal berserta alas kerusi bagi kegunaan jemaah di Surau Kampung Sinar Jaya-di terima oleh Misliah.

KENINGAU – Surau Kampung Sinar Jaya, Mukim Luagan menerima sumbangan 20 buah rehal beserta alas kerusi bagi kegunaan jemaah surau berkenaan.

Sumbangan daripada ADUN  Liawan, Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi itu disampaikan oleh Pemaju Mukim Luagan, Amanshah dan diterima JKKK Kg. Sinar Jaya Puan Misliah.

Sumbangan tersebut bertujuan memastikan keselesaan jemaah serta melancarkan aktiviti keagamaan yang dijalankan di surau itu.