KOPEKS TERIMA LAWATAN SYARIAH ANGKASA

KOTA KINABALU, 20 OKTOBER 2026– Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah (KOPEKS) telah menerima lawatan daripada Ustaz Azahari Ahmad, wakil Syariah ANGKASA, pada jam 10.30 pagi bagi tujuan pemantauan dan semakan terhadap amalan pematuhan Syariah dalam operasi serta aktiviti koperasi.
Lawatan tersebut bertujuan meninjau perkembangan terkini pelaksanaan pematuhan Syariah di KOPEKS, di samping menilai sejauh mana operasi dan aktiviti koperasi dilaksanakan selaras dengan prinsip serta garis panduan Syariah yang telah ditetapkan.
Selain itu, lawatan ini turut melibatkan semakan Syariah bagi proses pembaharuan sijil Syariah KOPEKS yang dijadualkan tamat tempoh pada bulan Disember 2026. Semakan ini penting bagi memastikan segala keperluan dan aspek pematuhan yang ditetapkan dapat dipenuhi sebelum proses pembaharuan sijil dilaksanakan.

Melalui lawatan ini, KOPEKS berpeluang mengenal pasti aspek yang memerlukan perhatian dan penambahbaikan bagi memastikan pelaksanaan pematuhan Syariah terus diperkukuh secara berterusan.
Hadir sama Pengerusi Datuk Dr. Haji Saat Hj Awg Damit, Bendahari Ag Azmee Ag Kati dan Setisusaha Nismah Hj Kanak serta CEO Kopeks Buvil Angkui.
Kata Saat, Kopeks komited untuk terus memperkukuh pematuhan Syariah demi memastikan pengurusan koperasi yang berintegriti, telus dan selaras dengan garis panduan yang ditetapkan.