ADUN KENINGAU BANTU RINGANKAN BEBAN KOS RAWATAN PESAKIT
KENINGAU: Khamis 24 Sept 2026 - Beban kewangan yang ditanggung keluarga pesakit, khususnya mereka yang memerlukan rawatan berterusan, mendapat perhatian apabila bantuan disalurkan bagi meringankan keperluan harian dan kos rawatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi, menyampaikan sumbangan kepada beberapa pesakit dan keluarga yang berdepan kesulitan kewangan pada satu majlis di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan, di sini hari ini.
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pemaju Masyarakat UPPM Liawan, Mashadi Baharudin, yang mewakili ADUN Liawan.
Turut hadir Ketua Masyarakat Cina (KMC) Keningau, Chee En Kong.

PRIHATIN: Mashadi (kiri) mewakili Datuk Nik Mohd Nadzri menyampaikan sumbangan kepada Chong Choi Yen yang bermasalah komplikasi kesihatan yang diterima oleh anak perempuan nya Irene Chai Mei Lin (tengah) sambil disaksikan oleh Kapitan Chee En Kong.

Bapa kepada Jackson Chai Ten Loong ( tengah) menerima sumbangan daripada Datuk Nik Mohd Nadzri yang disampaikan oleh Mashadi (kiri) sambil disaksikan oleh Kapitan Chee En Kong.
Antara penerima ialah Chong Choi Yen, ibu kepada Irene Chai Mei Lin yang menjalani rawatan Thalassaemia termasuk pemindahan sumsum tulang, serta keluarga Jackson Chai Ten Loong yang turut mendapatkan rawatan bagi penyakit sama.

Wakil kepada Chin Tet Yin, 80, yang mengalami patah kaki selepas terjatuh dan kini memerlukan perhatian serta sokongan dalam proses pemulihan turut menerima sumbangan daripada Datuk Nik Mohd Nadzri yang disampaikan oleh Mashadi (kiri) sambil disaksikan oleh Kapitan Chee En Kong.
Turut menerima bantuan ialah Chin Tet Yin, 80, yang mengalami patah kaki selepas terjatuh dan kini memerlukan perhatian serta sokongan dalam proses pemulihan.
Sumbangan itu diharap dapat membantu mengurangkan sedikit beban keluarga yang sedang berdepan keperluan rawatan dan perbelanjaan berkaitan kesihatan.
Penerima turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Nik Mohd Nadzri atas keprihatinan serta bantuan yang disalurkan.